Skip to main content

Mama Nasi Ayam Goreng Dapur Kayu

Seusai saya menghantar anak sulung ke Taman Molek pagi ni, singgah sekejap sarapan di warung Nasi ayam goreng dapur kayu bersama suami tercinta dan hero saya. Sedang memilih tempat duduk, mata saya terpandang akan sesuatu yang cukup tidak enak dibenak fikiran. Sepasang suami isteri sedang leka melayan anak-anak mereka menjamu selera, tapi yang tidak menyenangkan hati saya, saya terpandang sebahagian badan terdedah, selambak pulak tu. Yang peliknya atas bertudung tapi bahagian belakang terdedah.

Terus saya istifar dan mohon Allah sw.t ampunkan dosanya. Cerita belum tamat lagi ye..sedang saya mencari tempat duduk, saya terus plan tempat duduk suami supaya dia tak terjebak dengan dosa kecil tadi. Lalu duduklah suami membelakangi wanita itu. Lega plan saya menjadi. Tapi tak berpanjangan, suami saya bangun untuk ke sinki membasuh tangan, berpatah semula ke ke tempat duduk..erm mata saya liar memandang mata suami, ligat anak matanya melihat ke arah bahagian belakang wanita yang terdedah tadi. Bukan salah suami saya, dah tertonjol, lihat jelaaa kan. Dengan senyuman manis, saya menegur, "bah jangan dipandangnya lama-lama, dosa". " Heheheee suami ketawa kecil dah tertonjol bukan saya sengaja nak tengok, apa lagi tengok jelaaa" balas suami. Dibenak fikiran saya ada benarnya kata-kata my beloved husband. Langsung makanan yang dipesan terhidang, kami mulakan dengan Bismillah terus menikmati ayam goreng mama yang garing bersama Nasi lemak, acar timun, gulai ayam, sambal berlada dan teh o panas. Alhamdulillah rezeki pagi untuk kami bertiga pagi ni.

Sedang saya menyuap nasi kepada "my hero, Yas" saya terperasan semacam ada seseorang sedang memerhatikan saya. Mulanya saya buat tak tahu sebab nak layan perut yang tengah lapar. Beberapa saat kemudian saya ligat "my hero" menggeletar dek kerana kesejukan, demam. Dengan hati yang penuh kesihan, saya mengangkat "my hero" ke dakapan saya. Panas badan anakku. Saya nasihatkan " my hero" . " Sabar ye Yas, Yas kena makan, lepas ni Yas nak kena jumpa doktor, nanti bila doktor bagi ubat, perut Yas tak sakit, sebab Yas dah makan." Yas mengangguk-anggukan kepala, tanda faham.

Ketika Yas minum seteguk air teh o ais, tiba-tiba terdengar suara dari dapur warung mama, rupanya sejak mula saya menjamah nasi ayam tadi, rupa-rupanya sepasang mata mama yang leka memerhatikan saya. Wanita separuh Abad tadi menggelarkan diri dengan panggilan "mama"  dengan ramah saya  membalas teguran mama. "Ingat mama pada anak mama masa kecik-kecik dulu, sayang punya pasal, anak mama tak pernah pijak tanah, sayangnya." tapi..."bila dah cecah hampir umur 40 tahun, selalu melawan kata mama". Tambahnya lagi. Saya melihat wajah mama, sayu dan kesihan. Agaknya apa mesej yang mama nak sampaikan? Terfikir sejenak. Tanpa menghampakan perasaan wanita separuh abad tadi, saya memberi kata-kata semangat. "Sabarnya mama, dugaan mama, semoga anak mama sedar dengan apa yang dia lakukan." "Itulah, anak bila kecik kita layan baik jer, walau berpangkat besar anak tak patut layan mama tu, ada sekali dia cakap dengan mama, "mama jangan masuk campur masalah orang boleh tak!.""Mama terkedu bila anak mama mengeluarkan kata-kata dengan bahasa begitu." opss! Nak jawab apa ye..jem sekejap otak ni sebab mama yang baru aku kenali tak sampai 3 minit boleh meluahkan perasaan sebegitu jauh. Kesihan mama. Apa yang saya pasti "mama" mesti rindukan anak lelaki tunggalnya. Sabarlah mama.

Memutuskan perbualan aku merapati "mama" sambil mengucapkan terima kasih nanti kami datang lagi. Dengan senyuman manis aku berlalu ke kereta untuk mendapatkan rawatan my hero dan my beloved husband ke klinik tersohor daerah Johor Bahru sambil diperhatikan oleh wanita yang tertonjol tonggeng belakangnya. #majorrealititintashiney

Moral cerita major realiti.
1. Kasih sayang seorang ibu tak dapat dijual beli.
2. Berbahasa dengan ibu ada batasnya.
3. Syurga anak lelaki di bawah tapak kaki ibu
4. Madu yang ibu beri jangan sekali-kali dibalas dengan racun berbisa.

"Tintashiney: belajar untuk mengajar"
"Tintashiney: saya sayang Bahasa Malaysia"
"Tintashiney:Tiada Kata Seindah Bahasa"
  Tunjukajarku jika ada ralat bahasa.


Comments